Thursday, July 26, 2012


Salam Satu Malaysia . Hello uollss . Hari ini aku nak cite pasal program muhasabah diri yang diadakan di sekolah aku khas untuk pelajar form 5 . penceramah tu terbang jauh dari Ipoh semata-mata nak datang bagi ceramah kat sekolah aku . well done sir ! hahaha . Dia merupakan bekas juruterbang TUDM . ceramah dia bertajuk "ANAK PERMATA HATI " . ceramah tu teramat berkesan di hati kami semua . budak perempuan semua menangis apatah lg yang anak yatim piatu kan ? kesian . . selama aku jadi pelajar aku belum pernah tengok penceramah yang sambil bgi ceramah dia menangis tak henti .. tapi penceramah nie menangis tak henti-henti . kawan aku bagi tisu pun dia tak nak ambik . aku amat tersentuh dengan kelakuan dia . tabik spring la kat penceramah tu .. tapi harap maaf aku terlupa nama dia .. tapi dia berpangkat Kapten .. dia cerita kisah 8 org anak yang hidup serba kekurangan di Terengganu sekarang dah ada pekerjaan sendiri dengan gaji 500 juta setahun . siap bole beli kat ibu dan bapa sebiji rumah berharga 5 juta , sebuah jet peribadi dan 2 buah helikopter . sebuah helikopter dihadiahkan khas buat ibu bapa nya . salah seorang daripada 8 org anak tersebut ada bersama kami di sekolah tadi .. dia merupakan anak perempuan yang sekarang dah jadi pensyarah di salah sebuah universiti di Malaysia . penceramah tu cerita pensyarah tu la yang tiap-tiap pagi turun ke bawah rumah mengutip telur itik untuk diberi kepada ibunya dan dimasak .. ayahnya seorang anggota polis dan mak dia cuma penjual nasi lemak sahaja . makanan mereka cuma ikan selayang sebesar ibu jari dan telur masin . sekarang kesemua mereka ada yang dah jadi Tan Sri dan Datuk ada yang dah jadi doktor pakar , engineer dan sebagai ketua bagi semua gas-gas yang ada di Malaysia . memang hebat mereka semua . aku harap aku dapat jadi macam mereka juga 5 tahun akan datang .. Insya allah ..

Kamsahamnida , Keep in touch !

No comments: